Bandar Warisan Bukit Besi Bakal Menjadi Tarikan Pelancongan Utama Terengganu

Kunjungan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pertanian
04/10/2017
Jom Bantu Rakyat dan Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH
19/10/2017

Bandar Warisan Bukit Besi Bakal Menjadi Tarikan Pelancongan Utama Terengganu

Pada 9 Oktober 2017 (Isnin), YBhg Datuk Rashidi bin Hasbullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah melawat kawasan bersejarah Bandar Bukit Besi. Kawasan Bukit Besi sememangnya mempunyai banyak peninggalan sejarah pelombongan dan merupakan kawasan yang maju serta moden semasa era pelombongan bijih besi dahulu. Kini, artifak – artifak sejarah pelombongan masih tersegam dan wajar diketengahkan serta dimajukan sebagai salah satu tempat pelancongan menarik di Terengganu. Bagi melengkapkan pakej pelancongan di Bukit Besi, pihak KETENGAH kini sedang giat membangunkan pelbagai kemudahan seperti penyiapan Galeri Pelancongan, Esplanade pesisir tasik, Muzium dan Haritage Trail. Hadir sama pada lawatan tersebut Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, En Mohd Shukri bin Mohd Isa, Pengarah Zon Timur Jabatan Warisan Negara dan Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Pengarah Muzium Negeri Terengganu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *