Bengkel Transformasi Pembangunan Wilayah KETENGAH RMK-11 (2016-2020)

Satu bengkel Pemurnian Senarai program/projek RMKe-11 (2016-2020) telah diadakan pada 1-3 Februari 2015 bertempat di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan Pahang. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH. Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Seramai 69 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah menghadiri bengkel ini. Objektif utama bengkel diadakan adalah Memuktamadkan senarai program/projek dibawah RMKe-11 Menyediakan Creativity Index (CI) bagi setiap program/projek. Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel siri pertama yang telah diadakan pada 6 Januari 2015 bertempat di RTC Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh En Khalid bin Muhamed, Timbalan Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah memberi taklimat dan turut menjadi Fasilitator bengkel dalam menyediakan Creativity Index (CI) bagi semua program/projek dibawah RMKe-11.

placeholder
Salam Maulidur Rasul
placeholder
Pengurusan Tertinggi KETENGAH memantau projek di Tasik Kenyir

Artikel Lain