Festival Bunga dan Taman Floria Putrajaya 2014

Klinik Pemantapan KIK
17/01/2017
Lawatan Rombongan Setiausaha Pertama Duta Besar Singapura
17/01/2017

Festival Bunga dan Taman Floria Putrajaya 2014

Festival bunga dan taman Floria Putrajaya 2014 kini kembali menemui peminatnya dengan menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi. Bertemakan Pesona Warna, Floria Putrajaya 2014 yang akan berlangsung pada 14 hingga 22 Jun 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas. Bunga begonia ataupun asam batu telah dipilih sebagai bunga tema di samping pelbagai spesis lain seperti bonsai, heliconia, orkid dan bunga kertas untuk tatapan pengunjung. KETENGAH yang mewakili Kerajaan Negeri Terengganu pada festival kali ini menampilkan konsep Taman Raja Sehari berlatar belakangkan Tasik Putrajaya dan rekaan hiasan produk-produk pelancongan serta flora dan fauna yang terdapat di Tasik Kenyir.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *