Kemahiran Ibu Tunggal Dipertingkatkan

Pelaksanaan Mini RTC Negeri Terengganu
17/01/2017
Cakna Ibu Tunggal
17/01/2017

Kemahiran Ibu Tunggal Dipertingkatkan

Kesinambungan daripada Program Selendang Biru Wilayah KETENGAH yang telah dilancarkan pada 10 Julai 2012, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Kursus Masakan Barat (Pastri / Bakeri) bagi golongan ibu-ibu tunggal Tujuan kursus berbentuk kemahiran ini diadakan adalah antara lain bertujuan untuk membela nasib ibu-ibu tunggal di seluruh wilayah KETENGAH, selain bagi melahirkan ibu tunggal atau ketua isi rumah/keluarga yang berkemahiran untuk memperkasa pengupayaan kendiri yang positif, memupuk minat untuk perkembangan kemahiran berdasarkan minat dalam bidang masakan serta meningkatkan pendapatan seiring dengan peningkatan taraf hidup diri dan keluarga. Kursus yang dikendalikan oleh Chef Johana Ibrahim dari Galeri Kek ManjaErana, Kuala Terengganu, yang merupakan seorang ibu tunggal yang berjaya, telah memberikan input yang amat berharga melalui pendedahan, tunjuk ajar, tip-tip berguna serta perkongsian pengalaman dalam bidang masakan. Seramai 79 orang peserta telah menyertai kursus kemahiran selama 1 hari ini pada 24 Disember 2013 bertempat di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu. Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi). Hadir sama ke majlis ialah Tuan Haji Che Mohd Amran Yaakob, Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *