Majlis Penyerahan Geran Hak Milik

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah
17/01/2017
Kursus Pemantauan Projek Unit Naziran ( Flying Squad ) KETENGAH
17/01/2017

Majlis Penyerahan Geran Hak Milik

Seramai 39 orang penduduk Kampung Besol telah menerima geran hak milik tanah pada majlis yang telah dianjurkan oleh JKKK Kampung Besol. Majlis telah diadakan pada 30 Januari 2014 bertempat di Balairaya Kampung Besol. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Roslee bin Daud, ADUN Bukit Besi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Tanah Daerah Dungun serta wakil Pengurusan KETENGAH. Beberapa kakitangan KETENGAH sendiri turut bertugas bagi menyelaras penyerahan geran berkenaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *