Majlis Perasmian Kelab Golf Bukit Besi

Majlis Apresiasi Mini RTC
17/01/2017
Peserta Pesta Candat Sotong Lawat Tasik Kenyir
17/01/2017

Majlis Perasmian Kelab Golf Bukit Besi

Kelab Golf Bukit Besi sudah tidak asing lagi kepada peminat sukan golf di Negeri Terengganu, malah merupakan salah satu padang golf yang tercantik di negeri ini. Bagi memperkasakan lagi, satu bangunan baru kelab telah dibina yang menelan belanja sebanyak RM 3.013 Juta. Bangunan ini dilengkapi dengan pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, kafe, dewan, stesen pengisian semula bateri buggy, surau dan bilik persalinan. Majlis perasmian bangunan baru ini telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Turut hadir sama ialah YB Rosli bin Daud ADUN Bukit Besi, Pengurus Besar KETENGAH, Pegawai-Pegawai KETENGAH dan Ketua-Ketua Jabatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *