Pra Pelancaran Festival Kenyir 2014

1 Ukhuwah 1 Misi 1 Organisasi
17/01/2017
Program Senamrobik
17/01/2017

Pra Pelancaran Festival Kenyir 2014

Dalam menghangatkan lagi Festival Kenyir 2014 yang akan berlangsung pada 29 April hingga 29 Mei 2014, satu Majlis Pra Pelancaran festival telah diadakan di Angkasapuri Kuala Lumpur. Majlis ini dijalankan dengan kerjasama daripada Pihak RTM pada 20 April 2014 menerusi Rancangan selamat Pagi 1 Malaysia. Antara segmen yang dipaparkan ialah temuramah bersama YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu, Program Masakan dan tarian lagu Tasik Kenyir yang dibawakan oleh penari SUTRA Terengganu. YAB Dato’ Seri kemudiannya diwawancara oleh stesen radio Nasional FM dan Klasik FM. YAB Dato’ Seri menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia hadir dalam memeriahkan Festival yang semestinya menyediakan pelbagai acara dan program yang sesuai untuk seisi keluarga. Hadir sama pada program tersebut YB Dato’ Mohd Jidin bin Shafie EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu dan Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *