Program KKLW Community Social Responsibility (KCSR)

Kayuhan Fun Ride
17/01/2017
Festival Kenyir 2015
17/01/2017

Program KKLW Community Social Responsibility (KCSR)

Pada 13 hingga 14 Jun 2015, seramai 42 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah bertandang ke Wilayah KETENGAH atas Program KKLW Community Social Responsibility (KSCR) dengan kerjasama KETENGAH, JKKK Kampung Pasir Dula dan JKKK kampung Basung, Hulu Terengganu. Program perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Rozi bin Haji Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu. Hadir sama pada majlis tersebut Y.Bhg Dato’ Haji Ahmad Zubir bin Abd Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH, Pengurus Pengurus Bahagian KETENGAH, Pegawai dan Kakitangan KETENGAH dan disertai oleh penduduk setempat yang sentiasa memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program ini. Rombongan ini kemudiannya dibawa melawat sekitar Tasik Kenyir dan bermalam di Petang Island Resort (PIR). Pelbagai aktiviti telah diselitkan diantaranya, aktiviti memancing, lawatan ke Santuari Kelah, dan Perkampungan Gajah, Kenyir Elephant Village (KEV).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *