Program Memasak Bubur Lambuk

Bengkel Advance 5S
17/01/2017
Sumbangan Bantuan Tabung Amanah
17/01/2017

Program Memasak Bubur Lambuk

Bubur lambuk sememangnya sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama persatuan dan kelab di bawah naungannya telah mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk pada 13 Julai 2014. Bertempat di pekarangan Ibu Pejabat KETENGAH, sebanyak 15 periuk bubur lambuk telah dimasak dengan penglibatan 9 buah persatuan / kelab. Dengan diuruskendalikan oleh Puspanita Cawangan Kecil KETENGAH dan Bahagian Pembangunan Insan dan Pendidikan, turut serta dalam Program tersebut adalah 9 kelab / persatuan iaitu Kelab 3K, Koperasi 3K, Persatuan Wanita AMBS, AKRAB, Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Kelab UPPWK, Kelab Angsana, Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud dan juga PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH. Setiap periuk diwakili oleh 10 orang petugas untuk memasak bubur lambuk tersebut. Pengurusan KETENGAH turut meninjau perjalanan program di samping beramah mesra dengan para petugas. Antara pengisian lain program tersebut adalah penyampaian sumbangan bubur lambuk kepada pelajar dan kakitangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) AMBS dan penghuni rumah Ehsan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, iaitu Puan Hajah Rose binti Yaacob. Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud berserta pengurusan lain turut berbesar hati mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalanraya Jerangau Jabor.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *