Projek Jiwa Murni ATM

PB Tinjau Keadaan Banjir Sekitar Wilayah
17/01/2017
MB Terengganu Lawat Mangsa Banjir
17/01/2017

Projek Jiwa Murni ATM

Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke -3 (NBOS3), untuk membantu menyediakan kemudahan bagi kesejahteraan rakyat, Pihak Angkatan Tentera turut menyumbang tenaga dalam menyahut seruan kerajaan dengan melaksanakan Projek Jiwa Murni membuat lencongan sementara di Jalan AMBS- Pasir Raja berdekatan Kampung Shukor yang terputus hubungan akibat tanah runtuh baru-baru ini. ADUN Bukit Besi YB. Encik Rosli bin Daud, ADUN Kemasik YB Datuk Ir Rosli bin Othman (Pengerusi Jawatankuasa Infrastuktur dan Kemudahan Awam Negeri Terengganu), Pengarah JKR Terengganu, Dato’ Haji Shafii bin Mohamad, Pegawai ATM Kolonel Abdullah bin Mansor, dan Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, turut hadir dalam meninjau perkembangan projek berkenaan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *