Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2018

Bertempat Di RTC Terengganu pada 15 Ogos 2018, Program Penghayatan  Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Mulia Tengku Ahmad Nazri bin Tengku Musa, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.

Program sambutan bulan Kebangsaan tahun 2018 ini yang bertemakan Sayangi Malaysiaku pada tahun ini, merupakan antara program tahunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH dalam menzahirkan rasa cinta dan taat setia kepada negara serta menyemarakkan semangat patriotik di kalangan kita semua, rakyat Malaysia.

Sebanyak 1,800 Jalur Gemilang telah diagihkan kepada 89 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), 46 jabatan dan agensi di Al-Muktafi Billah Shah, 9 buah institusi pendidikan, 34 orang usahawan KETENGAH di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Bukit Besi dan Ketengah Jaya serta 26 buah Mini RTC dalam wilayah KETENGAH.

Program sambutan turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Puan Suriani Salleh dari KETENGAH dengan tajuknya Aksara Merdeka.  Selain itu, turut menyerikan program adalah persembahan lagu-lagu patriotik dari Kumpulan Koir Kolej KETENGAH dan juga perarakan membawa masuk Jalur Gemilang oleh Platun Kadet Polis Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas.

placeholder
Soal Selidik Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan Teknologi Maklumat (ICT) KETENGAH
Festival Kenyir 2018

Artikel Lain