Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH

 

Puan Hajah Halimah bt Taib telah dinobatkan sebagai tokoh Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah KETENGAH 1438H/2016M yang berlangsung pada 26 Disember 2016 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Puan Hajah Halimah yang tinggal di Kampung Teladas, Air Putih Kemaman merupakan guru Fardu Ain dan mengajar Al Quran kepada anak mukim Kampung Air Putih selama 30 tahun. Disamping itu beliau bergiat cergas dalam NGO dan merupakan salah seorang anak murid Qariah terkenal iaitu Hajah Rogayah bt Sulong. Beliau juga menyertai pertandingan tilawah Al Quran di peringkat Wilayah, Daerah dan pernah menjadi naib johan peringkat Negeri Terengganu. Anugerah Khas Maulidur Rasul pula diberikan kepada Y.Bhg Datuk Haji Che Wan Alias b Che Wan Abdullah yang berasal dari Kampung Jerangau, Dungun. Anugerah ini diberikan kerana jasa-jasa dan sumbangan yang dicurahkan oleh Y.Bhg Datuk dalam menyiarkan Syiar Islam dalam dan luar Negara. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan selawat, bacaan Al –Quran, Persembahan Mahabbah Li Rasulillah oleh Kumpulan Anak Warisan Kasih, Persembahan Berzanji oleh Kumpulan As-Syakirin dan ceramah agama bertajuk “Rasulullah Insan Teragung Sepanjang Zaman” oleh Al Fadhil Ustaz Kamaruddin bin Shahril yang merupakan panel penceramah program Ta’alim di TV1.

placeholder
Lawatan Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab ke Terengganu.
placeholder
Seramai 23 Orang Pesara Diraikan

Artikel Lain