Tahniah AKRAB KETENGAH

Kejohanan Sukan Syarikat anak & usahasama Ketengah Holding Sdn. Bhd 2016
17/01/2017
JPJ Bersama Masyarakat
17/01/2017

Tahniah AKRAB KETENGAH

http://www.ketengah.gov.my/

Tahniah AKRAB KETENGAH kerana memenangi 2 anugerah, kategori AKRAB Organisasi Inovatif 2016 dan Kategori AKRAB Individu Utama 2016 semasa Simposium Psikologi dan Kaunseling, pada 15 hingga 16 November 2016 bertempat di Dewan Seri Lestari, KKLW, Putrajaya.

Kategori AKRAB Organisasi Inovatif 2016 di anugerahkan kepada jawatankuasa AKRAB yang menunjukkan kebolehan mencipta kelainan dan melakukan transformasi dalam membimbing rakan sekerja, juga mampu menjana idea-idea kreatif di kalangan ahli AKRAB sesuai dengan teknologi semasa. Manakala Kategori AKRAB Individu Utama 2016 di anugerahkan kepada ahli AKRAB yang memiliki keperibadian, komitmen serta memainkan peranan utama, mampu menghasilkan kerja berkualiti yang meningkatkan imej AKRAB di Organisasinya.  Anugerah ini di anugerahkan kepada En Mohd Azmi bin Muda (Pengerusi AKRAB KETENGAH).Pihak Pengurusan KETENGAH mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam AKRAB KETENGAH.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *