Tasik Puteri Bukit Besi � Tumpuan Sukan Air Wilayah Ketengah 2013

Lawatan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Tasik Kenyir
17/01/2017
MB lawat tapak projek Pulau Bayas
17/01/2017

Tasik Puteri Bukit Besi � Tumpuan Sukan Air Wilayah Ketengah 2013

Kejayaan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menganjurkan Sukan Air Wilayah KETENGAH pada 28 Disember 2013 bertempat di Taman Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi mampu memberi kesan yang besar bagi mempopularkan lagi Tasik Puteri sebagai sebuah tempat rekreasi yang unggul di kawasan sekitar. Program selama 1 hari ini telah menarik lebih 350 penyertaan dengan 17 acara dipertandingkan iaitu Polo Air Bertiub (Berpasukan Lelaki), To Kayak (Berpasukan Lelaki), Tarik Tali Atas Tiub (Berpasukan Lelaki ) & (Berpasukan Wanita), Berenang Guna Tiub (Berpasukan Lelaki), Lumba Kayak Ke Belakang (Berpasukan Lelaki) & (Berpasukan Wanita), Baling Bola Berkayak Single (Berpasukan Lelaki), Baling Bola Berkayak Double (Berpasukan Wanita), Pukul Bantal (Berpasukan Lelaki) & (Perseorangan Lelaki), Menyelam Paling Lama (Perseorangan Lelaki) & (Perseorangan Wanita), Itik Gembol (Perseorangan Lelaki) & (Perseorangan Wanita), Sepak Raga Bulatan (Berkumpulan) serta Titing Bulu Awam (Perseorangan). Pertandingan sukan air ini turut dimeriahkan dengan persembahan pertandingan menangkap itik, pertunjukan bot serta kapal terbang kawalan jauh dari Pahang RC Power Boat Club dan juga demonstrasi menyelamat oleh pasukan bomba dari AMBS dan Kuala Berang. Di samping itu, turut diadakan jualan produk-produk usahawan dari usahawan-usahawan KETENGAH. Perasmian penutup serta penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB Encik Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Bukit Besi. Hadir sama ke majlis ialah Tuan Haji Wan Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *