Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KKLW kali ke 31
17/01/2017
Majlis Penyerahan Geran Hak Milik
17/01/2017

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Bertujuan memperingati peristiwa keputeraan Nabi Muhammad SAW supaya dapat mendidik umat cemerlang dan gemilang di dunia dan akhirat, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah KETENGAH 1435H/2014M dengan tema “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” telah diadakan pada 27 Januari 2014 dengan dimulai perarakan oleh lebih 2,500 orang peserta. Perarakan yang bermula dan berakhir di Pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al-Muktafi Billah Shah melibatkan 20 pasukan yang terdiri daripada jabatan kerajaan, agensi swasta, badan-badan bukan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi dan juga sekolah-sekolah sekitar Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Turut diadakan pertandingan perarakan yang disertai oleh 15 pasukan. Selain daripada pertandingan perarakan ini, ceramah dan juga acara cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi program sambutan. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Syafiq Sabri dar Pejabat Agama Daerah Dungun. Pertandingan perarakan yang diadakan telah dinilai dengan mengambilkira aspek ketertiban pasukan, kerjasama, kreativiti pasukan dan sepanduk dan juga keseragaman pasukan. Johan pertandingan telah dimenangi oleh pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00. Naib Johan pula dimenangi oleh PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH / Persatuan Wanita AMBS yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM750.00 manakala tempat ketiga dengan hadiah sebanyak RM500.00 dimenangi oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Mas II. Hadiah-hadiah kepada pemenang perarakan dan cabutan bertuah disampaikan oleh Tuan Haji Wan Abdul Rahman Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *