3 INSENTIF BANTU PENDUDUK WILAYAH KETENGAH

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menggariskan tiga pendekatan bagi membantu penduduk yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 membabitkan seramai 4,443 orang penerima manfaat dengan implikasi kewangan sebanyak RM917,443.65.

YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH berkata melalui Program KETENGAH Ambik Cakne Lockdown, bantuan bakul makanan keperluan asas diberikan kepada 3,200 keluarga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM366,000.

Insentif kedua ialah bayaran sewa premis perniagaan milikan KETENGAH dalam tempoh tiga bulan juga diperkenalkan yang melibatkan seramai 1,042 usahawan dengan implikasi kewangan sebanyak RM379,263.

Insentif ketiga iaitu penangguhan bayaran sewa beli rumah kediaman KETENGAH juga dikecualikan selama tiga bulan akan memberikan kelegaan kepada seramai 201 keluarga dengan implikasi kewangan sebanyak RM172,180.65

Semua insentif tersebut yang melibatkan penangguhan, penjadualan semula moratorium dan pengecualian bayaran sewa premis perniagaan serta sewa rumah kediaman akan diberikan secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.

Jom! Daftar Segera Program Imunisasi Covid-19 di PKD
Pelancaran Program KETENGAH Ambik Cakne “Lockdown”

Artikel Lain