logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kunjung Hormat SPRM Terengganu ke KETENGAH

KETENGAH menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tuan Ruslan Che Amad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu dan rombongan. Kunjung hormat ini bertujuan menjalinkan hubungan kerja di samping membincangkan beberapa perkara berkaitan bidang operasi dan pencegahan rasuah yang boleh dilaksanakan secara kerjasama di antara SPRM Terengganu dengan KETENGAH. Rombongan telah disambut oleh YM Tengku […]

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020 OLEH PENGERUSI KETENGAH YB SENATOR DATUK RAZALI IDRIS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam luar bandar sejahtera. Saudara-saudari warga KETENGAH yang saya kasihi. Alhamdulillah, kita akan bersama-sama menyambut 1 Syawal 1441 Hijrah. Bersyukur kita kerana telah berjaya melaksanakan ibadat puasa selama sebulan lamanya walaupun dalam senario sedikit berbeza di kala negara di landa krisis pandemik Covid-19. Pada tahun ini, umat Islam menjalani ibadah […]

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2020 OLEH PENGURUS BESAR KETENGAH TENGKU AHMAD NADZRI TENGKU MUSA

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil a’lamin wa bihi nasta’in. Selawat dan salam ke atas Muhammad, Rasul junjungan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Aidilfitri dan Salam Luar Bandar Sejahtera. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil hamd. Dimulai dengan kalam takbir sebagai menandakan tibanya detik kemenangan meraikan Hari Lebaran bulan kemuliaan dan kemenangan yang ditunggu-tunggu setelah sebulan menjalani […]

KETENGAH Serah Zakat RM721,815.15 Kepada MAIDAM

DUNGUN, 21 Mei  — Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB), anak syarikat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), hari ini menyerahkan zakat sebanyak RM721,815.15 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Pengerusi Ketengah Datuk Razali Idris berkata bayaran zakat pada tahun ini mencatat peningkatan berbanding tahun lepas iaitu RM402,399.05. “Ketengah bersyukur kerana mampu membayar zakat lebih banyak […]

Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH Tahun 2020.

12 Mei 2020, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH. Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang telah diwujudkan sejak tahun 2004, bertujuan bagi menguruskan sumbangan hasil keuntungan syarikat-syarikat anak KETENGAH untuk disalurkan kepada penduduk dalam Wilayah KETENGAH yang memerlukan terdiri dari golongan miskin dan miskin tegar, pesakit melarat dan Orang Kelainan […]

Operasi Nyah Cemar Covid-19

10 April 2020 Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama beberapa agensi lain mengadakan operasi nyah cemar Covid-19 di sekitar bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), hari ini, dalam usaha menangani penularan wabak itu. Program  ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Petugas […]