Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH Tahun 2020.

12 Mei 2020, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu.

Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH.

Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) yang telah diwujudkan sejak tahun 2004, bertujuan bagi menguruskan sumbangan hasil keuntungan syarikat-syarikat anak KETENGAH untuk disalurkan kepada penduduk dalam Wilayah KETENGAH yang memerlukan terdiri dari golongan miskin dan miskin tegar, pesakit melarat dan Orang Kelainan Upaya (OKU)  serta bantuan persekolahan dan sumbangan kepada anak yatim. Sejak tahun 2004 hingga kini sebanyak RM7,600,0000.00 jumlah sumbangan yang telah disalurkan kepada penerima yang memerlukan dalam Wilayah KETENGAH. Bagi tahun 2020, sebagaimana yang telah dipersetujui melalui Jawatankuasa TAMK sumbangan sebanyak RM700,000.00 akan disalurkan bagi tujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar, pesakit melarat dan OKU serta penduduk yang terjejas teruk ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Wabak Pandemik Covid-19 yang mengakibatkan sebahagian besar penduduk hilang sumber pencarian pendapatan. Seramai 3,500 orang penerima akan mendapat manfaat, di mana setiap seorang akan menerima sumbangan sebanyak RM200.00. 

YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi KETENGAH, telah turun padang menyerahkan sumbangan TAMK kepada seramai 6 orang penerima di Bandar Al Muktafi Billah Shah. Hadir sama pada hari ini YBhg. Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Video sumbangan TAMK di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu.
placeholder
Soalan Lazim Permohonan Insentif / Moratorium Bayaran Sewa / Sewa Beli Premis Perniagaan dan Rumah Kediaman KETENGAH akibat penularan Wabak COVID-19
KETENGAH Serah Zakat RM721,815.15 Kepada MAIDAM

Artikel Lain