Program Hari Bertemu Pelanggan.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan pada 19 Januari 2019 (Ahad) bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Program akan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 Tengah hari. Semua penduduk wilayah KETENGAH dijemput hadir.
Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020

14 Januari 2020 : Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020 Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020 telah berlangsung bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Himpunan yang menghimpun semua warga KETENGAH ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Mohamad Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri Wan Marzuki Haji Wan Sembok, […]
PENERAPAN BUDAYA BERSUKAN DI KALANGAN WARGA KETENGAH

KETENGAH telah mengadakan program bersukan kepada warga KETENGAH pada 5 Januari 2020 bertempat di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah Terengganu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal warga KETENGAH. Kecergasan fizikal dan mental yang mantap menjadikan pegawai dan kakitangan bersedia menghadapi cabaran-cabaran kerja dan amanah yang dipikul secara menyeluruh dalam […]
Gohek D’AMBS

Bandar Al Muktafi Billah Shah 21 Disember 2019. Program Berbasikal GOHEK D’AMBS anjuran Kelab Keluarga KETENGAH telah berlangsung pada 21 Disember 2019 (Sabtu). Peserta telah dilepaskan pada jam 8.30 pagi dimana kayuhan telah bermula dan berakhir di Pusat Komuniti Desa (PKD). Seramai 522 orang peserta telah mendaftar termasuk dari luar Terengganu. Laluan kayuhan terbahagi kepada […]
Sentiasalah Berwaspada Menghadapi Musibah Banjir

Gelombang kedua banjir sedang dialami oleh penduduk dalam wilayah ketengah sekarang. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna dalam menghadapinya. Sila berhubung dengan pihak kami Bilik Gerakan Banjir Wilayah KETENGAH yang beroperasi selama 24 jam di Pusat Komuniti Desa (PKD), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu Bilik […]
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH Kali Ke 7/2019.

11 Disember 2019 : PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 7/2019 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ini telah disempurnakan oleh YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Besar KETENGAH. Dalam ucapannya beliau berkata “Selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar […]