Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH Kali Ke 7/2019.

11 Disember 2019 : PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 7/2019 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis Perasmian Mesyuarat Agung ini telah disempurnakan oleh YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa Pengurus Besar KETENGAH. Dalam ucapannya beliau berkata “Selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH harus memikirkan program-program yang menjurus kepada mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan, pengetahuan kepada golongan suri dan anggota wanita lain yang secara tidak langsung mampu melahirkan golongan yang progresif dalam aspek kehidupan merangkumi ekonomi, pendidikan,kesihatan, sosial dan kepimpinan. PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH juga harus kreatif dan berfikiran terbuka dalam memikirkan program-program yang lebih menarik dan memberikan impak kepada lifestyle kaum wanita luar bandar terutamanya suri-suri dan ahli-ahli sekalian”.Mesyuarat pada kali ini turut mengadakan pemilihan jawatankuasa yang baru. Turut hadir Puan Anizal bt Yusoff Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH, Timbalan-Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH dan Pengurusan Kanan KETENGAH. Seramai 220 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah menghadiri mesyuarat agung pada kali ini.

Kursus EKSA kepada Ahli Jawatankuasa EKSA KETENGAH
Sentiasalah Berwaspada Menghadapi Musibah Banjir

Artikel Lain