logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Ke 3/2019

Tanggal 11 November 2019, (Isnin) satu Majlis Perhimpunan Bulanan Kali ke-3 bersama Pengerusi KETENGAH YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad bagi tahun 2019 telah diadakan di Dewan Utama, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis perhimpunan bulanan pada kali ini turut diadakan dengan sesi ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M bertajuk “Wasiat […]

Sambutan Bulan Sukan Negara Ketengah Holding Bersama Komuniti.

Pada 31 Oktober 2019 telah berlangsung sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Wilayah KETENGAH. Majlis yang dianjurkan oleh Ketengah Holding ini telah diadakan di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis dimulai dengan acara berjalan kaki sejauh 3 kilometer dan disusuli dengan pelbagai acara sukan seperti acara tarik tali, dart, memanah, bola baling dan […]

Hari Psikologi KPLB 2019

Sempena dengan Hari Psikologi KPLB 2019, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) turut menyertai acara berkenaan. Program ini telah diadakan selama 2 (dua) hari bermula dari 15 Oktober hingga 16 Oktober 2019 bertempat di Dewan Seri Lestari, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Putrajaya. Pelbagai acara telah disusun sempena Hari Psikologi di antaranya ialah pelancaran Buku Pelan Strategik […]

Sumbangan Dihulur, Ringankan Beban

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang dialami oleh Encik Roosli Mansor dari Felda Kerteh 6 di mana kediamannya musnah dalam satu kebakaran pada 8 Oktober 2019 kira-kira jam 3.00 petang. Beliau yang bekerja sebagai tukang kebun Sekolah Felda Kertih 1 itu mempunyai tanggungan seramai 3 orang. Bagi meringankan beban yang […]

Kursus Asas Pengurusan Kewangan dan Pemasaran

Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memberikan fokus utama dalam bidang keusahawanan malah ianya merupakan teras ketiga dalam Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 iaitu Keusahawanan. Dalam memperkasakan agenda tersebut, KETENGAH telah menganjurkan satu Kursus Asas Pengurusan Kewangan dan Pemasaran pada 14 Oktober 2019 bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD), Bandar […]

Program Gotong Royong

Semangat setiakawan, bertoleransi, berpasukan, bekerjasama dan muafakat membawa kebaikan bagi sesebuah organisasi dan masyarakat. Ini dibuktikan dengan penganjuran gotong-royong kakitangan KETENGAH bersama masyarakat membersihkan kawasan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun pada pagi ini. Hadir sama pada program tersebut YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Majlis dimulai tepat […]