Sumbangan Dihulur, Ringankan Beban

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang dialami oleh Encik Roosli Mansor dari Felda Kerteh 6 di mana kediamannya musnah dalam satu kebakaran pada 8 Oktober 2019 kira-kira jam 3.00 petang. Beliau yang bekerja sebagai tukang kebun Sekolah Felda Kertih 1 itu mempunyai tanggungan seramai 3 orang. Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan, KETENGAH telah menyampaikan sumbangan melalui peruntukan Tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd. sebanyak RM2,000.00. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Marzuki Haji Wan Sembok, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Hadir sama Encik Zainuddin  Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Encik Mohd Azmi Muda, Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia. 

Manakala pada majlis berasingan, YBhg. Dato’ Seri Wan Marzuki telah menyampaikan bantuan kepada penjaga anak-anak yatim yang kehilangan kedua ibu bapa akibat kemalangan jalanraya pada 4 Oktober 2019. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, Kamal Hisham Mustaffa, 35 dan isterinya, Norhapisah Idris, 35, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Dua anak mereka yang parah di kepala ialah Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11 dan seorang anak angkat pasangan itu, Muhammad Danial Abdullah, 12. Empat lagi anak pasangan itu berada di rumah ketika kejadian. Anak-anak pasangan tersebut kini dijaga oleh datuknya yang tinggal di Kampung Pasir Raja, Dungun, Terengganu.

Kursus Asas Pengurusan Kewangan dan Pemasaran
Hari Psikologi KPLB 2019

Artikel Lain