logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Bengkel High Impact Powerpoint Presentation

Pada 13 hingga 14 Januari 2019, telah berlangsung satu bengkel High Impact Powerpoint Presentation bertempat di Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Objektif bengkel ini adalah mempelajari cara terbaik untuk menyusun idea dan menyatakan idea dengan ringkas pada slaid persembahan. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KETENGAH ini, telah didedahkan secara langsung […]

Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali Pertama Tahun 2019

Pada 10 Januari 2019, telah berlangsung satu Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2019 bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. Majlis  kali ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu YBhg. Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH.

KURSUS PEMANDUAN BERHEMAH

Pada 4 hingga 6 Januari 2019 KETENGAH melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Pemanduan Berhemah Siri 1/2019 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Kursus ini akan diadakan secara dua (2) siri dan pada siri ini seramai 32 orang  pemandu dan pemandu gantian terlibat. Objektif Kursus ini adalah sebagaimana berikut: Menerapkan […]

Perutusan Pengurus Besar KETENGAH

ibu_pejabat

Assalamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku, Pertamanya saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT yang telah mengurniakan taufik dan inayah-Nya serta memanjangkan usia kita bagi menempuhi perjalanan hidup pada tahun baharu 2019. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa perutusan kepada kita yang menjadi pegangan hidup dan […]

Sumbangan dihulur, kurangkan beban.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang dialami oleh keluarga Encik Ibrahim bin Idris setelah ditimpa musibah susulan rumah yang mereka duduki musnah dalam satu kebakaran pada jam 10.30 malam, 25 Disember 2018. Punca dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak BOMBA. Sehubungan dengan itu, Pengurusan KETENGAH turut turun padang meninjau keadaan […]

GUNTING RAMBUT PELAJAR SEKOLAH, KETENGAH 2018 DAN FREE MARKET

Cuti persekolahan kini semakin hampir ke penghujungnya.Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah dalam wilayahnya dengan mengadakan Program Gunting Rambut Pelajar Sekolah KETENGAH 2018 secara percuma pada 26 Disember 2018. Bertempat di Pusat Komuniti Desa (PKD) Terengganu, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, seramai 12 orang tukang gunting telah sama-sama menjayakan Program Gunting […]