Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Pelan Pengurusan Risiko (CRM)

Ketengah telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) dan Pelan Pengurusan Risiko (CRM) yang dianjurkan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 22 hingga 25 September 2020 bertempat di Resort World Awana, Genting Highland, Pahang. Seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional telah diberi pendedahan dan pemahaman serta merangka, menyedia, membangun dan melaksanakan OACP. Bengel ini telah dikendalikan oleh Tuan Mohamad Khairol bin Mohamad, Penolong Kanan Pesuruhanjaya SPRM dan telah dirasmikan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah.

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran
placeholder
PROGRAM SOKONGAN PENGUKUHAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR (SPKLB)

Artikel Lain