KETENGAH Ambik Cakne Lockdown 3.0

KETENGAH telah menyalurkan bantuan KETENGAH Ambik Cakne Lockdown 3.0 kepada penduduk di wilayahnya yang terkesan ekoran pelaksanaan PKP. Sebanyak 1951 bakul makanan diagihkan oleh Skuad KETENGAH Ambik Cakne. Sumbangan KETENGAH ini merupakan sumbangan tambahan daripada sumbangan yang disalurkan oleh pihak-pihak lain yang disediakan bersama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Penyelarasan sumbangan dibuat bersama JPKK […]
Seramai 500 orang terima vaksin di PPV, Tasik Kenyir

Hari ini seramai 500 orang telah menerima suntikan vaksin di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Outreach Tasik Kenyir. Mereka terdiri daripada 300 orang pengusaha pelancongan dan 200 orang penduduk sekitar Tasik Kenyir. Pihak KETENGAH turut menyumbang 1 unit freezer untuk kegunaan PPV dan menaja makan minum 207 orang petugas. Terima kasih atas komitmen dan tahniah kepada […]
Program Vaksinasi Wilayah KETENGAH

17 Julai 2021- Bandar Bukit Besi, DungunKETENGAH menjalankan program pendaftaran vaksinasi bermula 19 Jun 2021 bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di mana ini merupakan strategi bagi memastikan penduduk Wilayah KETENGAH di 3 daerah (Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman) berdaftar segera seterusnya menerima vaksin. Sehingga 11 Julai 2021, sejumlah 51953 orang […]
KETENGAH Ambik Cakna

17 Julai 2021-Kampung Wa, Dungun Terengganu.KETENGAH sentiasa ambik cakna dengan masalah penduduk yang tinggal di wilayahnya. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah menyerahkan sumbangan kepada 7 orang penduduk yang mengalami kerosakan pada struktur bumbung akibat ribut pada 21 Jun 2021 jam 3.30 petang. Sebanyak RM2,900.00 peruntukan telah disalurkan dan masing masing menerima […]
JASAMU DIKENANG

Selamat bersara buat Encik Azmi bin Muda, Pengurus Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan Gred N52, dan Tuan Haji Hashim bin Osman, Pegawai Tadbir Gred N41, Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial serta Encik Othman bin Ngah, Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan (Seri Bandi). Encik Mohd Azmi bin Muda telah menabur khidmat […]
Penghargaan Kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM Tahun 2020

14 Julai 2021- Marang, Terengganu. Disebalik kejayaan seorang pelajar, sudah tentunya hadir di atas pengorbanan dan kerja kuat ibu bapa dan para guru serta pentadbir sekolah dalam memastikan kecemerlangan mereka. Bertempat di PPD Marang, YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah menyampaikan […]

