logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Tawaran Penyertaan Projek Lada Hitam

Tawaran Penyertaan Projek Tanaman Lada Hitam Syarat-syarat permohonan 1)Warganegara Malaysia 2)Bumiputera 3)Penduduk Wilayah KETENGAH atau bermastautin lebih daripada dua (2) tahun dalam Wilayah KETENGAH. 4)Umur 45 tahun ke bawah 5)Keutamaan Golongan PPRT,wanita dan ibu tunggal. 6)Penduduk yang tidak mempunyai pendapatan tetap. 7) Berminat melaksanakan Projek Lada Hitam Tarikh tutup: 12 September 2019 Borang permohonan boleh […]

Jetski Terengganu Challenge

Pada 30 Ogos hingga 1 September 2019, telah berlangsung Program Jetski Terengganu Challenge bertempat di Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Acara ini telah dianjurkan oleh RCT Meganrata dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Tasik Puteri merupakan salah satu tempat menarik di wilayah KETENGAH yang wajib dilawati. Pelbagai kemudahan […]

Perbarisan Hari Kemerdekaan

Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih merupakan tema sambutan kemerdakaan pada tahun ini. Saban tahun Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) akan turut menyertai Pertandingan Perbarisan Peringkat Negeri Terengganu yang bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu. KETENGAH dengan kekuatan kontinjen seramai 35 orang mengenakan pakaian korporat biru merah […]

Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH

Pada 29 hingga 30 Ogos 2019, telah berlangsung satu Program Temu Mesra Bersama Masyarakat Wilayah KETENGAH. Program ini adalah bertujuan untuk mengadakan pertemuan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat khususnya kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Wilayah KETENGAH. Ianya melibatkan wakil kepimpinan MPKK Wilayah KETENGAH iaitu sebanyak 89 buah MPKK. Program ini secara tidak langsung […]

Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019

Bagi menyemai semangat cintakan negara dan kempen kibarkan Jalur Gemilang, pada 22 Ogos 2019 (Khamis) bertempat di Padang Astaka Kampung Pasir Gajah, Kemaman Terengganu satu Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Wilayah KETENGAH Tahun 2019 telah diadakan. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Zulkifli bin Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Program ini merupakan […]