Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Kelab keluarga KETENGAH (Kelab 3K), melalui Biro Kebajikan dan Biro Agama & Pendidikan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat bagi meraikan tiga orang ahli yang akan menunaikan fardu haji. Mereka yang terlibat ialah Encik Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, Encik Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan […]
Acara Sukan Eratkan Hubungan

Pada 13 Julai 2019 (Sabtu) Kelab Keluarga KETENGAH telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian dan Anak Syarikat bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah mendapat sambutan seramai 112 orang penyertaan iaitu 28 regu. Setiap pasukan diwakili seramai empat orang pemain dan perlu menamatkan tiga permainan dalam pertandingan yang berlangsung […]
Bengkel Tatacara Perolehan

Pada 10 hingga 11 Julai 2019, telah berlangsung Bengkel Tatacara Perolehan Kepada Ahli Jawatankuasa Perolehan KETENGAH 2019 yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Norliza binti Isa, penceramah daripada INTIM yang telah mencurahkan ilmu dan tunjuk ajar kepada semua peserta. Seramai […]
Selamat Bersara Buat Encik Ab. Wahab bin Mohd Amin

Selamat bersara buat Encik Ab. Wahab bin Mohd Amin, Penolong Pegawai Tanah yang bertugas di bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan telah bersara wajib pada tanggal 11 Julai 2019. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai penjawat awam di KETENGAH. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan […]
Pertandingan Fotografi & Videografi Ketengah
KETENGAH PHOTOFEST 2020 Pertandingan Fotografi & Videografi Ketengah. Jom melawat 6 zon wilayah Ketengah dan sertai pertandingan ini. Dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2020.Melancong sambil berkarya. Penyertaan percuma.3 kategori untuk anda sertai. Untuk info terma dan syarat pertandingan.Rujuk bit.ly/ketengahphotofest Atau layari fb pagewww.fb.me/ketengahphotofest
Projek PROSPEK Meningkatkan Ekonomi Penduduk

Pada 8 Julai 2019 (Isnin) telah berlangsung satu Majlis Pelepasan Benih Ikan dan Penyampaian Bekalan Peralatan Kolam Ikan bertempat di kolam ikan kampung Pasir Raja, Hulu Dungun Terengganu. Ianya merupakan salah satu Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi kampung (PROSPEK) Wilayah KETENGAH. Projek PROSPEK merupakan hasrat dasar pembangunan luar bandar iaitu meningkatkan kesejahteraan luar bandar dengan mengambilkira […]

