Acara Sukan Eratkan Hubungan

Pada 13 Julai 2019 (Sabtu) Kelab Keluarga KETENGAH telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Antara Bahagian dan Anak Syarikat bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Kejohanan ini telah mendapat sambutan seramai 112 orang penyertaan iaitu 28 regu. Setiap pasukan diwakili seramai empat orang pemain dan perlu menamatkan tiga permainan dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga jam bermula jam 10 pagi untuk merebut gelaran juara.

Melalui program ini, ianya dapat memupuk semangat toleransi dan saling mengenali antara satu sama lain di antara keluarga besar KETENGAH. Disamping itu, ini merupakan salah satu langkah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin serta persediaan menghadapi MAKSPEN 2019 nanti.

Sewaktu sesi pertandingan sedang berjalan tergambar kegigihan, kegembiraan dan semangat berpasukan telah ditunjukkan oleh para peserta bagi meraih kemenangan buat pasukan masing-masing. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Kelab 3K, Kelab Angsana dan PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH.

Juara bagi kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan RKPSB A (Rakyat Ketengah Perwira Sdn. Bhd.) jatuhan pin sebanyak 1968.Hadiah-hadiah dan cabutan bertuah telah disampaikan oleh Presiden/Pengerusi ketiga-tiga NGO’s yang terbabit.

Terima kasih kepada urus setia yang mengendali pertandingan dan pengurusan KETENGAH  sentiasa memberi sokongan.

Salah satu pasukan sedang merancang strategi
Bengkel Tatacara Perolehan
Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Artikel Lain