Selamat Bersara Buat Encik Ab. Wahab bin Mohd Amin

Selamat bersara buat EncikĀ Ab. Wahab bin Mohd Amin, Penolong Pegawai Tanah yang bertugas di bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan telah bersara wajib pada tanggal 11 Julai 2019. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai penjawat awam di KETENGAH. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan telah membantu dan mencorakkan KETENGAH di kedudukan pada masa ini. Banyak cabaran dan kejayaan telah diharungi bersama dan ianya akan kekal dalam lipatan sejarah KETENGAH selamanya. Seluruh warga KETENGAH mendoakan semoga Encik Ab. Wahab sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

placeholder
Pertandingan Fotografi & Videografi Ketengah
Bengkel Tatacara Perolehan

Artikel Lain