Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut

Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut, Pembantu Kemahiran di Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan. Beliau memulakan perkhidmatan di Lembaga Kemajuan Terenggau Tengah (KETENGAH) pada 15 Julai 1979 dengan menjawat jawatan sebagai Buruh Am. Setelah 39 tahun 11 bulan menabur bakti di KETENGAH, maka pada tanggal 30 Jun 2019 beliau telah bersara wajib. […]
Selamat Bersara En. Rosli bin Haji Ngah

Selamat bersara buat Encik Rosli bin Haji Ngah, Pengurus Komunikasi Korporat yang telah bersara wajib pada tanggal 25 Jun 2019. Beliau telah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) selama 35 tahun 9 bulan. KETENGAH merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai penjawat awam di KETENGAH. Sesungguhnya segala […]
Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Wilayah Ketengah Tahun 2019
KURSUS PERCUMA✅SIJIL YANG DIIKTIRAF / DIKELUARKAN OLEH CIDB / NIOSH .✅Info Temuduga:-👉Kursus : Insulasi Paip Gas (6bln)👉Kursus : Kimpalan (SMAW/WMA) – 6G (6bln)👉Kursus : Pemasangan Fitter (6bln)👉Kursus : Pengendalian Jentera Berat (3bln)👉Kursus : Painting & Blasting(6bln).✅Syarat-Syarat Kemasukan :-👉Warganegara MALAYSIA👉Penduduk dalam Wilayah -KETENGAH sahaja👉Mempunyai SPM / PMR (Pemegang Diploma/Ijazah TIDAK LAYAK memohon)👉Golongan Miskin /Miskin Tegar dan Berpendapatan […]
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 1444H/2019M.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH 1444H/2019M telah disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran pada 11 Jun 2019 bertempat di ruang parking utama ibu pejabat KETENGAH Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. Program ini dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu KETENGAH, Bersama Membangun. YBhg. Dato’ Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH seterusnya menyampaikan amanat […]
Bantuan dihulur ringankan beban.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dialami oleh keluarga Encik Rasdi bin Mat Noor apabila hampir keseluruhan rumahnya musnah dalam satu kebakaran pada 9 Jun 2019 (Ahad) di Taman Setia, bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah turun padang melihat sendiri […]
Ingatan Tulus Ikhlas Dari KETENGAH

Beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara merupakan detik paling dirindui oleh semua perantau. Setelah selesai berhari raya di kampung halaman, mereka akan pulang semula meneruskan tugasan yang ditinggalkan sepanjang tempoh bercuti. Di kesempatan ini, KETENGAH telah mengadakan satu Program Kembali Bertugas Perantau Bersama Pengerusi KETENGAH bertempat di Hentian Rehat dan Rawat (RNR) […]

