Selamat Bersara En. Rosli bin Haji Ngah

Selamat bersara buat Encik Rosli bin Haji Ngah, Pengurus Komunikasi Korporat yang telah bersara wajib pada tanggal 25 Jun 2019. Beliau telah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) selama 35 tahun 9 bulan. KETENGAH merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti selama berkhidmat sebagai penjawat awam di KETENGAH. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan telah membantu dan mencorakkan KETENGAH di kedudukan pada masa ini. Banyak cabaran dan kejayaan telah diharungi bersama dan ianya akan kekal dalam lipatan sejarah KETENGAH selamanya. Seluruh warga KETENGAH mendoakan semoga Encik Rosli sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Terima kasih, selamat bersara dan jasamu tetap dikenang.

link Video : https://www.facebook.com/LembagaKemajuanTerengganuTengah/videos/623034681535506/

placeholder
Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) Wilayah Ketengah Tahun 2019
Selamat bersara buat Encik Wan Azam bin Wan Endut

Artikel Lain