20 Suri terima bantuan pembiayaan peralatan jahitan

“Seramai 20 suri dari Wilayah KETENGAH mendapat bantuan pembiayaan peralatan jahitan di bawah Program Suri Impian (SURIA) berjumlah RM100,000 bagi menambah pendapatan keluarga sekali gus keluar daripada belenggu kemiskinan.” Petikan ucapan dari Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob semasa Program Ramah Mesra YAB PM Bersama Warga KETENGAH sempena Mini Karnival Keluarga Malaysia […]
Konsert Mini Karnival Keluarga Malaysia KETENGAH 2022

Persembahan daripada penyanyi tersohor tanah air dengan keunikan suara dan bait lirik yang menawan telah berjaya menarik ribuan peminat di Mini Karnival Keluarga KETENGAH 2022. Artis yang dimaksudkan itu ialah Jay-Jay, Aju Success, Hatta Junction dan Afee Utopia. Program diserikan lagi dengan lawak jenaka bersahaja daripada Abon, S.Azli dan Zul Gan menghiburkan hadirin yang datang. […]
Majlis Perasmian Mini Karnival Keluarga Malaysia KETENGAH 2022

21 Oktober 2022-Bandar Seri Bandi, Kemaman Terengganu. Terima kasih Perdana Menteri. Telah berlangsung Majlis Perasmian Mini Karnival Keluarga Malaysia KETENGAH 2022 yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad Said.
KETENGAH bantu mangsa kebakaran

18 Oktober 2022-Ceneh Baharu Kemaman Kecaknaan Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said terhadap penduduk yang ditimpa musibah dibantu dengan kadar segera. Malang menimpa keluarga Encik Mohamad bin Harun apabila rumah kedai K16 yang disewanya mengalami kebakaran kira-kira jam 4.30 petang semalam. Menurut mangsa kejadian tersebut berlaku akibat panahan kilat menyebabkan berlaku […]
Majlis Makan Malam Tahunan Kakitangan

16 Oktober 2022-Kuala Terengganu. Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan Kakitangan bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Kehadiran Pengerusi KETENGAH YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, menunjukkan komitmen beliau meraikan hasil kerja keras yang dilakukan oleh kakitangan syarikat sepanjang tahun yang menjadi pemangkin kejayaan syarikat Kumpulan KHSB. […]
Lawatan Bermaklumat ke Projek Pertanian Kontan

13 Oktober 2022- Besut, Terengganu. Golongan petani dalam wilayah KETENGAH perlu memperluaskan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang pertanian bagi meningkatkan dan mempelbagaikan hasil tani. Sehubungan dengan itu sebagai pendedahan dan percambahan ilmu serta kemahiran, seramai 7 orang peserta projek pertanian berkelompok bersama pengurusan KETENGAH telah mengadakan Lawatan Bermaklumat ke Projek Pertanian Kontan, Tembila, Besut,Terengganu. […]