KETENGAH ANJUR PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang bakal tiba, KETENGAH telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana membersih masjid dan surau di semua perbandaran KETENGAH. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa masjid dan surau serta penglibatan penduduk setempat.

Program ini bertujuan membersihkan kawasan persekitaran dan peralatan masjid bagi memberi keselesaan kepada jemaah yang hadir untuk beribadah sepanjang bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa hadir sama memeriahkan program, dan turut sama-sama mengecat kawasan luar Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terenggganu.

Mudah-mudahan kehadiran bulan Ramadan yang penuh mulia ini akan memberi keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

 

Program Bazar Usahawan Madani KETENGAH (BASKET MADANI) Siri III
Lawatan Bermaklumat ke Thailand melawat Projek Tanaman Kelapa

Artikel Lain