Lawatan Bermaklumat ke Thailand melawat Projek Tanaman Kelapa

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Thailand bagi melawat projek tanaman kelapa serta perkongsian pengetahuan dan teknologi negara tersebut dalam usaha untuk menjayakan cadangan perusahaan tanaman kelapa berskala besar dalam wilayah KETENGAH.

Rombongan ini yang diketuai oleh YBhg Dato‘ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH turut disertai sama oleh Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH, pengurusan KETENGAH, pengurusan Ketengah Holding Sdn. Bhd dan Ketengah Perwira Sdn Bhd.

Dengan kerjasama Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, anggota rombongan telah dibawa melawat dua buah ladang kelapa antara yang terbesar di Bangkok iaitu A&J Thai Fruit Co.Ltd. dan Aromatic Farm.

Pejabat kedutaan juga telah mengaturkan satu Majlis “Networking Dinner” KETENGAH yang dihadiri oleh Duta Besar Malaysia di Thailand iaitu TYT Datuk Jojie Samuel M C Samuel dan pegawai daripada Pejabat Penasihat Pertanian, MITI dan MATRADE.

KETENGAH ANJUR PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan KETENGAH Tahun 2024

Artikel Lain