Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan KETENGAH Tahun 2024

Pada 10 Mac 2024, satu lawatan tapak pemantauan projek di dua lokasi berbeza di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun telah diadakan.

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐀 𝐍𝐨. 𝟏:
Kerja-kerja Membina dan Menyiapkan Bangunan, Menyedia, Memasang dan Menguji Terima Sistem Pengairan Fertigasi serta Kerja-kerja berkaitan di Bandar AMBS, Dungun.

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐀 𝐍𝐨. 𝟐:
Kerja-kerja Membina dan Membaikpulih Longkang Jalan Dato’ Wan Mahmud ke Jalan Dato’ Muda, Di Taman Selesa, Bandar AMBS, Dungun.

Lawatan tapak ini diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan turut dihadiri oleh Pengurus Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat, wakil Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan, wakil Bahagian Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat, wakil Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial, wakil Bahagian Perkhidmatan Teknik dan wakil kontraktor.

Lawatan pemantauan ini dijalankan bertujuan untuk memantau prestasi fizikal di tapak bina dan membincangkan isu-isu yang berlaku semasa pelaksanaan projek bagi meningkatkan prestasi kemajuan fizikal dan kemajuan kewangan projek disamping memastikan projek-projek ini dapat disiapkan dalam tempoh yang telah dijadualkan.

Pihak kontraktor telah memberikan komitmen dan berusaha untuk memastikan projek-projek dapat disiapkan dalam tempoh sebagaimana jadual yang telah ditetapkan.

Lawatan Bermaklumat ke Thailand melawat Projek Tanaman Kelapa
Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1445H/2024M

Artikel Lain