Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1445H/2024M

KETENGAH melalui sumbangan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn. Bhd. akan melaksanakan beberapa siri Program Santuni Anak-Anak Yatim Wilayah KETENGAH Sempena Ramadan Al Mubarak 1445H/2024M.

Bagi Siri 1, seramai 57 orang pelajar telah diraikan melibatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Mas 1, Sekolah Rendah Kebangsaan Durian Mas 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Mas yang telah diadakan pada 11 Mac 2024 (Isnin) bersamaan 30 Syaaban 1445.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, telah sama-sama turut hadir ke program tersebut bermula dari sesi pemilihan pakaian raya di Pasaraya Jakel, Dataran Austin Gong Badak. Seterusnya,ke jamuan makan di Raia Hotel Kuala Terengganu. Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Ramli bin Sahul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHSB.

Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan KETENGAH Tahun 2024
Majlis Penyerahan Apron kepada 130 orang peniaga Bazar Ramadan

Artikel Lain