Program Ilmu Keluarga Komuniti Madani KETENGAH (PIKAT) Siri 1 Tahun 2024

KETENGAH di bawah Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial telah melaksanakan Program Ilmu Keluarga Komuniti Madani KETENGAH (PIKAT) Siri 1 Tahun 2024 : Kasih Keibubapaan Digital bertempat di Dewan Pusat Aktiviti Cakna Bangun Ekonomi (PACBE), Tingkat 4, UTC Kuala Terengganu.

Program yang telah mendapat kerjasama daripada pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu sejak tahun 2023 ini akan dilaksanakan sebanyak 4 siri sepanjang tahun 2024 dengan kepelbagaian Modul Pendidikan dan Pembangunan Keluarga yang bersesuaian kepada penduduk dalam wilayah.

Bagi pelaksanaan Siri 1 Modul Kasih Keibubapaan Digital kali ini, seramai 30 orang penduduk kampung yang terlibat dengan Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) telah terpilih dan menyertai PIKAT Siri 1 Tahun 2024.

Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Pengurus Kewangan dan Perakaunan KETENGAH, Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof yang mewakili Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama Puan NorHamimi binti Jalil mewakili Pengarah LPPKN Terengganu.

Semoga program ini memberi manfaat dan dapat memperkasakan lagi pembangunan minda insan penduduk dalam wilayah KETENGAH.

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan
LAWATAN KESEDAR DAN JKKR KESEDAR KE PROJEK AGRO DAN EKONOMI KETENGAH

Artikel Lain