Sambutan Hari Kraf Kebangsaan

Sempena Sambutan Hari Kraf Kebangsaan, seramai 6 orang usahawan wilayah KETENGAH telah menyertai Lawatan Berpandu Berkumpulan yang diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan pembuatan, penghasilan kraf yg kreatif dan inovatif. Para usahawan juga dapat mengetahui perkembangan terkini mengenai teknologi, rekaan dan maklumat pasaran semasa industri kraf tempatan dalam usaha menggalakkan peningkatan ekonomi.

KETENGAH berharap lawatan ini dapat memberi kesedaran kepada kepada usahawan yang terlibat tentang kewujudan pelbagai produk kraf tempatan dan kepelbagaian penggunaannya.

Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH
Program Ilmu Keluarga Komuniti Madani KETENGAH (PIKAT) Siri 1 Tahun 2024

Artikel Lain