Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH

Program gotong- royong sempena Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH telah diadakan di dua (2) produk pelancongan yang terjejas akibat banjir iaitu Kawasan Rekreasi Sungai Kelemin, Kampung Talong dan Kawasan Rekreasi Kampung Kuala Jengal, Dungun, Terengganu Darul Iman melibatkan 60 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH yang terdiri daripada Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial dan Bahagian Pelancongan. 

Ini termasuk kerjasama dari anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bandar Al Muktafi Billah Shah serta komuniti dari ke dua buah kampung.

Program ini juga merupakan inisiatif KETENGAH sempena pembukaan dan pengoperasian semula produk-produk pelancongan dalam Wilayah KETENGAH mulai 1 Mac 2024 yang ditutup sepanjang musim monsun yang lepas.

Pihak KETENGAH berharap agar dengan pelaksanaan Kempen Kebersihan ini berupaya memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengunjung.

KETENGAH MENYERTAI PROGRAM KARNIVAL BEAUTIFUL TERENGGANU TAHUN 2024
Sambutan Hari Kraf Kebangsaan

Artikel Lain