KETENGAH MENYERTAI PROGRAM KARNIVAL BEAUTIFUL TERENGGANU TAHUN 2024

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Karnival Beautiful Terengganu Tahun 2024 pada 22 hingga 25 Februari 2024 (Khamis – Sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Taman Awam Shahbandar, Kuala Terengganu. Karnival tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.Penganjuran program ini merupakan langkah dan usaha merangsang pertumbuhan ekonomi serta merancakkan sektor pelancongan negeri melalui platform mempromosi dan memasarkan kepelbagaian pakej-pakej dan perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan kepada pengguna oleh pemain-pemain industri pelancongan negeri Terengganu.

Booth KETENGAH pada tahun ini menampilkan pakej/produk pelancongan Wilayah KETENGAH, pengunjung dapat merasai minum air herba, suasana di Santuari Kelah melalui Virtual Reality (VR) dan kuiz berkaitan info KETENGAH melalui aplikasi telefon iaitu Kahoot.

Selain itu juga, Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) melalui anak syarikat Ketengah Niaga & Tours Sdn. Bhd. (KNTSB) dan pengusaha-pengusaha rumah bot & bot laju di bawah Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir (PPTK) turut menyertai Karnival ini bagi jualan pakej promosi perkhidmatan ke produk-produk pelancongan di Tasik Kenyir dan Hotel KETENGAH. Kolej KETENGAH Sdn. Bhd. (KKSB) juga turut mempromosi tawaran pensijilan PLKK dan diploma.

Lawatan Singkat ke Bukit Besi Agro-Exotic Farm
Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH

Artikel Lain