LAWATAN KESEDAR DAN JKKR KESEDAR KE PROJEK AGRO DAN EKONOMI KETENGAH

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) KESEDAR seramai 150 orang yang diketuai oleh Puan Siti Fairuz binti Che Dollah, Penolong Pengurus Bahagian Pertanian KESEDAR telah mengadakan lawatan ke projek agro dan ekonomi KETENGAH.

Tujuan lawatan ini adalah untuk pendedahan dan perkongsian ilmu kepada JKKR bagi pembangunan dan pelaksanaan projek ekonomi yang telah dilawati.

Rombongan ini telah dibawa melawat ke Projek Desa Lestari iaitu Projek Ternakan Lobster Air Tawar di Taman Pulai Api, Ajil, Hulu Terengganu di bawah Koperasi An-Nur Taman Pulai Api Terengganu Berhad, Muzium Bukit Besi dan Bukit Besi Agro Exotic Farm dan Projek Tanaman Cendawan KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Pengurus Ekonomi dan Usahawan KETENGAH, Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, yang mewakili Pengurusan KETENGAH telah menyambut dan meraikan rombongan ke projek agro dan ekonomi KETENGAH.

Pihak KETENGAH merakam ucapan terima kasih kepada pihak KESEDAR di atas lawatan ini dan berharap mencapai objektif yang ditetapkan serta dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Program Ilmu Keluarga Komuniti Madani KETENGAH (PIKAT) Siri 1 Tahun 2024
SESI PERKONGSIAN ILMU KEPADA USAHAWAN KETENGAH

Artikel Lain