logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Belia Keluarga Malaysia-KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH

314708750_505192191638243_333908739989103589_n

11-12 November 2022-Hulu Dungun. Program Belia Keluarga Malaysia-KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH merupakan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh KETENGAH dalam usaha mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin antara penduduk dengan agensi. Kampung Pasir Raja, Dungun telah dipilih menjadi lokasi kelima penganjuran program berkenaan di daerah Dungun. Antara aktiviti sepanjang program berlangsung ialah program sukaneka, […]

Projek Pencahayaan di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir

314142534_500974508726678_7917566586483569005_n

6 dan 7 November 2022- Hulu Terengganu. KETENGAH telah menggunakan teknologi hijau (solar) dalam pembangunan infrastruktur di Tasik Kenyir. Teknologi hijau mengurangkan jejak karbon di samping mewujudkan persekitaran lestari di tasik buatan manusia ini. Projek Pencahayaan di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir merupakan projek yang menggunakan teknologi tersebut dan telah siap pembinaannya. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan […]

Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH 2022

314019172_499234225567373_4644735324084336924_n

6 November 2022-Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH 2022 telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH. Program yang dianjurkan bersama AKRAB KETENGAH dimulakan dengan sesi Bicara Psikologi “Kenal Potensi Diri” oleh Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Mohd Shahlan Sidi […]

Program Anyaman Mengkuang

Bagi memastikan warisan seni anyaman berasaskan mengkuang terus kekal, Bahagian Ekonomi dan Usahawan KETENGAH memulakan langkah mengadakan sesi perjumpaan bersama calon peserta Program Anyaman Mengkuang. Sesi perjumpaan dipengerusikan oleh En. Zainuddin Haji Md. Zaki TPB(P) KETENGAH. Turut hadir Pn. Rosliza Mukhtar, wakil Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dan Pn. Jalila Abdul Ghani (Usahawan […]

Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Kawasan Pelancongan Wilayah KETENGAH

313963163_498452348978894_6094096910701393694_n

3 November 2022-Hulu Dungun. KETENGAH melancarkan Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Kawasan Pelancongan Wilayah KETENGAH. Kawasan rekreasi pelancongan Sungai Kelemin, Hulu Dungun dipilih sebagai lokasi pertama kempen ini dengan membawa mesej memberi kesedaran kepada pengunjung yang datang agar menitikberatkan aspek kebersihan bagi memastikan kelestarian alam sekitar dapat dipulihara. Kempen ini juga bertujuan mendidik dan meningkatkan […]

Program Belia Keluarga Malaysia – KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH

313436748_498456298978499_1433964388550270443_n

29 Oktober 2022 Telah berlangsung Program Belia Keluarga Malaysia – KETENGAH Cakna Kampung Wilayah KETENGAH bertempat di kampung Kuala Jengal, Dungun. Antara aktiviti yang menjadi pengisian sepanjang program berlangsung ialah program ziarah kasih belia pesakit melarat, gotong royong, sukaneka, liga penalti belia dan beliawanis serta jamuan silaturahim belia. Program Belia ini merupakan program yang ketiga […]