Program Bual Santai Ketengah Tahun 2020.

29 Disember 2020 – Dalam meniti akhir tahun 2020, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama AKRAB Ketengah telah menganjurkan Program Bual Santai Ketengah Tahun 2020. Penceramah jemputan iaitu fasilitator AKRAB Ketengah, Mohd Nubairi Mat Nor telah mengupas tajuk “Azam” dan program ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang diadakan bertempat di Perpustakaan […]
Jom Urus Duit DiBalik Tamparan Covid-19.

28 Disember 2020 – Bertempat di Dewan Utama, Ibu Pejabat Ketengah, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama AKRAB Ketengah telah menganjurkan program Jom Urus Duit DiBalik Tamparan Covid-19. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Kaunselor Kredit dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Terengganu iaitu Encik Alias bin Mat Ali dan dibantu oleh Encik […]
Ketengah Ambik Cakne

26 Disember 2020 – YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah menyampaikan sumbangan kepada 17 orang peserta Program Peningkatan Pendapatan Penduduk (PPP) berjumlah RM135,000.00 dan 6 orang peserta Program Pembangunan Usahawan (PPU) berjumlah RM97,004.00 Mereka yang dibantu telah mengusahakan perniagan seperti bengkel motor, perniagan makanan, jahitan, peruncitan pertanian fertigasi dan penternakan. YB Senator […]
Ketengah Prihatin

Banjir gelombang ke-4 telah melanda Wilayah Ketengah yang membabitkan sebahagian Daerah Dungun dan Kemaman pada 18 Disember 2020. Sehubungan itu, Skuad Ambik Cakne Ketengah telah diatur gerak dalam misi agihan kit bantuan banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) telah mengetuai misi tersebut. Sebanyak 342 kit […]
Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Ketengah Tahun 2020

14 Disember 2020, Bandar Al Muktafi Billah Shah- Seramai 13 orang pesara telah diraikan dalam Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Ketengah Tahun 2020. Daripada jumlah itu, seramai 5 orang kakitangan meninggal dunia semasa perkhidmatan telah diwakili oleh waris terdekat. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah turut hadir bagi meraikan majlis tersebut. […]
Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Banjir sering dikaitkan dengan kerugian harta benda. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan musibah banjir ini.Pada 6 Disember 2020, bertempat di Dewan Sivik Air Putih, Kemaman, Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada 234 orang penduduk. Seramai 86 orang […]