Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Banjir sering dikaitkan dengan kerugian harta benda. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan musibah banjir ini.
Pada 6 Disember 2020, bertempat di Dewan Sivik Air Putih, Kemaman, Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Ketengah telah meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada 234 orang penduduk. Seramai 86 orang dari Kampung Air Putih, Teladas (134 orang), Dadong (3 orang) dan Jenang (11 orang) telah menerima sumbangan yang diagihkan.
Yang Berhormat Senator Datuk Razali Idris seterusnya turut menyampaikan sumbangan kepada 168 orang penduduk bertempat di Dewan Pasir Gajah dimana 9 orang dari Kampung Pasir Gajah, Seberang Tayor Hulu (33 orang), Seberang Tayor Hilir (6 orang), Felda Seberang Tayor (76 orang), Batu 14 Kuala Tayor (26 orang) dan Batu 16 Tebak (18 orang).
Turut hadir ke Program Agihan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir ialah YB Abdul Razak bin Ibrahim, ADUN Air Putih, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan juga Encik Zainuddin Hj Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Ketengah serta Tuan Haji Zaid Hj Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding Sdn. Bhd.

Pelancaran Skuad Ambik Cakne Ketengah
Majlis Meraikan Pegawai dan Kakitangan Ketengah Tahun 2020

Artikel Lain