Program Cakne Komuniti

26 Mac 2022-Hulu Terengganu. Program Cakne Komuniti telah berlangsung di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu. Program ini merupakan kerjasama KETENGAH dengan Pertubuhan Muafakat Sejahtera dan DUN Telemong. YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah menyempurnakan majlis perasmian dan menyerahkan 300 bakul makanan kepada masyarakat Kampung Kuala Ping. Pengerusi KETENGAH juga menziarah penduduk kampung […]
Guru Perwiraku “Terima Kasih Cikgu”

KETENGAH sentiasa ambik cakna dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa dalam Wilayah KETENGAH. Sehubungan itu, satu Program Guru Perwiraku “Terima Kasih Cikgu” Peringkat Wilayah KETENGAH telah diadakan hari ini bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun. Seramai 1150 guru dari 3 daerah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu […]
Program Kenyir Bird & Nature Quest 2022

27 Mac 2022-Hulu Terengganu. Peserta Program Kenyir Bird & Nature Quest 2022 telah dibawa melawat ke Gua Bewah dan melihat pokok Melunak yang terbesar di Malaysia. Program yang diadakan dari 26 hingga 27 Mac 2022 selama 2 hari ini merupakan acara tahunan dalam kalender pelancongan Terengganu. Penganjuran Kenyir Bird & Nature Quest telah melakarkan kejayaan […]
Majlis Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alami dan Penutup Kenyir Eco Trophy 2022

20 Mac 2022-Hulu Terengganu. Majlis Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alami dan Penutup Kenyir Eco Trophy 2022 telah berlangsung di Dapur Kenyir, Tasik Kenyir yang disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Kenyir Eco Trophy merupakan program bermatlamat memperkenalkan Wilayah KETENGAH kepada rakyat Malaysia dan membuka mata masyarakat akan kelebihan dan keistimewaan yang […]
Program Cakne Komuniti Wilayah KETENGAH Bersama Muafakat Sejahtera

19 Mac 2022-Kampung Jerangau, Dungun. Program Cakne Komuniti Wilayah KETENGAH Bersama Muafakat Sejahtera telah diadakan dengan pelbagai pengisian iaitu aktiviti gotong-royong kawasan perkuburan, sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan, ziarah penduduk yang ditimpa penyakit kronik dan acara sukan. Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan secara percuma oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Program sehari ini adalah bertujuan membantu masyarakat […]
Kenyir Eco Trophy 2022

Kenyir Eco Trophy 2022 bermula 18 hingga 20 Mac 2022 bakal memberi cabaran kepada peminat – peminat sukan lasak pacuan empat roda. Cabaran akan bermula di Sungai Loh dan akan berakhir di Tasik Kenyir. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) mewakili Pengurus Besar KETENGAH telah menyempurnakan pelepasan peserta Kenyir Eco Trophy 2022 […]

