logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Karnival Beautiful Terengganu

276244644_335478871942910_1442529704883096825_n

18 Mac 2022-Hulu Terengganu. Karnival Beautiful Terengganu diadakan bermula 17 hingga 19 Mac 2022 dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti seperti pameran agensi, jualan usahawan, permainan tradisional, mini ekspo pelancongan dan pelbagai lagi. Usahawan bimbingan KETENGAH juga turut serta dalam jualan sempena karnival ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dr. Mamad Puteh, ADUN Kuala Berang pada […]

Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH Bilangan 2 Tahun 2022

Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH Bilangan 2 Tahun 2022 telah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Ahli Jemaah Lembaga juga dibawa melawat ke tempat pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang. Pendedahan semasa lawatan ke tempat-tempat menarik tersebut akan membuahkan idea-idea dalam merangka dan merancang strategi baru untuk diaplikasikan dalam Wilayah KETENGAH.

Program Jiwa Murni Rejimen 512 Askar Wataniah Bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia

Program Jiwa Murni Rejimen 512 Askar Wataniah Bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung di Kampung Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu. Program tersebut disempurnakan oleh YAM Tengku Sri Temenggung Raja, Brigedier Jeneral Dato’ Sri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum, Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. KETENGAH turut sama-sama membantu dalam persiapan program. Program mensasarkan khidmat […]

KETENGAH bantu mangsa banjir Wilayah KETENGAH

1

Skuad Sukarelawan KETENGAH bersama agensi di bawah KPLB telah digerakkan membantu mangsa banjir membersihkan kediaman dan kemudahan awam bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH sama-sama turun padang merasai kesusahan denyut nadi rakyat di Wilayah KETENGAH. Ikatan silaturrahim yang telah lama terjalin diperkukuhkan lagi apabila […]

Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) mencatat 7000 pengunjung

274713485_327870396037091_2947973236736253074_n

Biarpun keadaan cuaca hujan, ini tidak menghadkan kedatangan orang ramai mengunjungi Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) dengan mencatat 7000 orang pengunjung sepanjang 2 hari penganjuran. Objektif utama program ini adalah membantu golongan berpendapatan rendah luar bandar bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah. Program tersebut dirasmikan oleh YM Tengku Ahmad […]

Sukarelawan KETENGAH berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan

275062261_325438356280295_6064184535702158134_n

Seramai 40 orang sukarelawan KETENGAH yang terdiri daripada kakitangan telah berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan dengan musibah banjir. Sukarelawan dibahagikan kepada 2 pasukan membersihkan kawasan di Kampung Gunung, Ajil, Hulu Terengganu dan Kampung Rantau Panjang, Dungun Terengganu. Kecaknaan dan ikatan silaturahim yang telah lama terjalin antara penduduk dengan KETENGAH seakan dirasai bersama apabila […]