BENGKEL BAJET PEMBANGUNAN ROLLING PLAN KEDUA (RP2) TAHUN 2022

Bengkel Bajet Pembangunan RMKe-12 Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2022 telah diadakan pada 10 hingga 12 Disember 2021 bertempat di Fraser Place Puteri Harbour, Johor. Seramai 34 orang pegawai telah terlibat dalam Bengkel ini yang terdiri daripada Pengurusan KETENGAH, Pegawai Bajet Bahagian dan Jabatan Kerja Raya (JKR) KETENGAH. Antara perkara yang dibincangkan dalam bengkel ini […]
Pengiktirafan Emas Santuari Kelah Tasik Kenyir di MTCGA 2021

Petaling Jaya, 9 Disember 2021 – Usaha Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam membangunkan Santuari Kelah Tasik Kenyir sejak 2006 akhirnya diiktiraf oleh Malaysia Tourism Council Gold Awards (MTCGA) 2021 sebagai “Best Eco Tourism Initiative”. Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan usaha daripada KETENGAH, Kerajaan Negeri Terengganu dan penggiat pelancongan terutamanya Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir […]
Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

1 – 2 Disember 2021- Kuala Terengganu. Pengurusan rekod dan fail amat penting dalam sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kefahaman kakitangan tentang garis panduan dan prosedur pengurusan fail seperti penerimaan dan pendaftaran surat, pembukaan fail, penyimpanan, pengedaran dan penutupan fail, satu Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kepada Kakitangan KETENGAH telah diadakan bertempat di […]
Kursus Pasukan Cybertroopers KETENGAH

Kursus Pasukan Cybertroopers KETENGAH Tahun 2021 telah berlangsung di Cameron Highlands, Pahang pada 1-2 Disember 2021. Objektif kursus sebagai medium perkongsian ilmu dan pengetahuan bagi memupuk semangat kerjasama serta keyakinan dalam mengendalikan media sosial dengan kaedah yang betul di samping mengenalpasti kepentingan dalam menepis tohmahan yang tidak berasas dalam kalangan masyarakat. Seramai 13 orang peserta […]
Bengkel BERKAT Peserta PROSPEK KETENGAH

28–30 November 2021- KETENGAH bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan satu Bengkel Kesejahteraan Keluarga dan Tetangga (BERKAT) Peserta/Komuniti Program PROSPEK Wilayah KETENGAH Tahun 2021 bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Objektif kursus ini untuk memperkasa sahsiah dan peribadi penduduk serta komuniti di kampung Projek PROSPEK Wilayah KETENGAH. Bengkel ini juga […]
Kursus Pra Persaraan Pegawai dan Kakitangan KETENGAH

17 hingga 19 November 2021 – Seramai 30 orang bakal pesara KETENGAH tahun 2022 dan 2023 telah mengikuti kursus di Bayview Hotel, Georgetown, Pulau Pinang. Objektif kursus adalah persediaan secara psikologi sebelum menghadapi fasa persaraan. Di samping itu, bakal pesara didedahkan tentang faedah-faedah persaraan, faedah pencen terbitan dan perubatan, pengurusan gratuity, cara pemakanan yang sihat, […]