Bengkel BERKAT Peserta PROSPEK KETENGAH

28–30 November 2021- KETENGAH bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan satu Bengkel Kesejahteraan  Keluarga dan Tetangga (BERKAT) Peserta/Komuniti Program PROSPEK Wilayah KETENGAH Tahun 2021 bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Objektif kursus ini untuk memperkasa sahsiah dan peribadi penduduk serta komuniti di kampung Projek PROSPEK Wilayah KETENGAH. Bengkel ini juga merupakan wadah bagi penyaluran maklumat agensi berkaitan bagi pelaksanaan program berkaitan dan pemangkin pembentukan keluarga serta komuniti penduduk dalam Wilayah yang maju dan seimbang dari aspek peningkatan ekonomi serta pembangunan modal insan.

Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh YBhg. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Turut hadir bersama Encik Mohamad Noh dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Kursus Pra Persaraan Pegawai dan Kakitangan KETENGAH
Kursus Pasukan Cybertroopers KETENGAH

Artikel Lain