Kem Ahsan Syakinah Anak Muda dan Belia (As-Syabab) Program Bina Insan (PBI) Wilayah KETENGAH Tahun 2022

Jati diri dalam kalangan anak muda merupakan perkara penting dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan berjiwa kental di samping mempunyai nilai-nilai murni dalam jiwa mereka. Sehubungan itu, KETENGAH mengadakan Kem Ahsan Syakinah Anak Muda dan Belia (As-Syabab) Program Bina Insan (PBI) Wilayah KETENGAH Tahun 2022. Program bermula pada 30 Jun 2022 hingga 2 Julai 2022 berlangsung di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, Terengganu menghimpunkan 30 orang peserta.
Menerusi modul yang telah disediakan oleh penganjur, pendekatan secara holistik dan efektif diterapkan dalam membangunkan insan yang bakal menerajui masyarakat dan negara agar tidak berlaku kepincangan ketika mereka mengejar kecemerlangan dalam kehidupan.
Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
Program Kenduri Sekampung
Program Sinar Aidiladha, Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH

Artikel Lain