Ketengah agih Kit Bantuan bencana

Skuad Ambik Cakne Ketengah sentiasa bersiap siaga apabila diperlukan dan terus diaturgerak dalam membantu mangsa banjir di wilayah Ketengah. YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah dan pengurusan kanan Ketengah telah mengagihkan kit bantuan bencana kepada mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda.

Antara Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dilawati adalah PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dendang, PPS Balai Raya Kampung Padang Ping, PPS Dewan Masjid Serdang, PPS Dewan Serbaguna Paya Kemudi dan PPS Rantau Panjang.

Sumbangan Back To School siri-2
Gotong Royong pasca banjir

Artikel Lain